Saturday 3 December 2011

Salam Maal Hijrah dan slmt berpuasa (Hari Asyura)

Alhmdulillah, sudah beberapa hari umat Islam menyambut tahun baru Maal Hijrah....pasti semua telah membinaazam baru dan  seperti rakan-rakan yang lain, saya juga berazam agar pada tahun ini hari-hari yang dilalaui dapat memberi ketenangan, kelancaran n kejayaan dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa di universiti. Semoga dengan azam baru ini dapat dijadikan sebagai arah tuju dan panduan dalam mengharungi hari mendatang.Insya-Allah..

Jadi hari yang dilaui terasa seperti begitu cepat berlalu. Saya berharap pada 9 dan 10 Muharram ini dapat 

memberi sedikit ruang utk beribadah dengan berpuasa sunat sempena Hari Asyura. 



Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

No comments: