Saturday 31 December 2011

Exam Oh Exam!!

Bahang peperiksaan semakin terasa..Insyallah, yang berusaha pasti berjaya..Jadi, molek kiranya kita mempersiapkan diri dengan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum ke dewan peperiksaan. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menjawab peperiksaan. 


  • 1. Tidur awal
Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.
  • 2. Bangun awal
Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.
  • 3. Baca surah Yaasin
Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.
Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.
  • 4. Telefon ibu
Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.
  • 5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat..
Nie slip exam ak tuk sem nie...semoga ak dpt jawab dgn tenang...Ya Allah, permudahkanla urusanku..amin.

Wednesday 28 December 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Pejam celik, pejam celik..rase skejap je mse berlalu.....alhmdulillah, sem3 berakhir dengan sempurna...wlupun byk asgmnt n dugaan yg trpaksa d tempuh, sgalanya telah dilalui dgn tabah....
Hmmm...xlme dah nak exam.....pape pun, hope dpt jawab dgn baek..yg penting, usaha+doa+tawakal....insyallah, sumenya akan lancar...
Kpd kawan2 geo stdnt, good luck 2 u all....nt dah cti xjumpe dah...msti rindu kat korang....
Xlupe utk sume kwan2 UPSI n yg laen2 jgak, may good luck be on your side..jom bce buku jom...:)


Wednesday 21 December 2011

Aisya Humaira

Aisya Humaira.....nama yg sgt sedap, dan nama ini sgt sebati dgn diri sy...sejak dulu, kini dan selamanya...insyallah, nama ini akan d beri kpd bakal anak prmpuan apbila sudah brkhwin dan mndpt rzeki klak..(haha, bia btol..)

Mengikut sejarah baginda Rasulullah s.a.w, wanita yang satu ini memang luar biasa. Rasulullah saw.  menjulukinya "Humaira" (Si Jelita yang kemerah-merahan pipinya). Bahkan, ia tak hanya cantik lahirnya, sopan tutur katanya, dan lembut perilakunya, tetapi juga dikenal sebagai wanita yang smart (cerdas) dan pandai sehingga menjadikannya termasuk al-mukatsirin (orang yang terbanyak meriwayatkan hadis). 

Tentang keutamannya yang lain, Aisyah ra. pernah berkata seperti ini, "Saya telah dianugerahi sembilan perkara yang tidak pernah diberikan kepada siapa pun setelah Maryam binti Imran. Kesembilan perkara itu adalah:

1) Telah datang Jibril (dalam mimpi Rasulullah s.a.w.) dengan gambarku dan menyuruh beliau untuk menikahiku.
2) Rasulullah s.a.w menikahiku dalam keadaan perawan dan tidak demikian halnya dengan isteri Rasul yang lain.
3) Rasulullah s.a.w. wafat di pangkuanku.
4) Sayalah yang menguburkan Rasulullah s.a.w di rumahku. 
5) Ketika wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w, saya pernah turut serta menemaninya di biliknya.
6) Saya adalah putri khalifahnya dan teman kepercayaannya, iaitu Abu Bakar as-Shidiq.
7) Telah turun permaafan (udzur) buatku dari langit (dalam peristiwa haditsul ifki').
8) Saya telah diciptakan dalam keadaan baik (suci) untuk mendampingi orang yang baik.
9) Saya telah dijanjikan pengampunan dan rezeki yang mulia. "

Begitulah indahnya muslimah yang brnama Aisya Humaira ini....


~Wajah berseri pipi kemerahan, engkau digelar Aisya Humaira~

Saturday 3 December 2011

Salam Maal Hijrah dan slmt berpuasa (Hari Asyura)

Alhmdulillah, sudah beberapa hari umat Islam menyambut tahun baru Maal Hijrah....pasti semua telah membinaazam baru dan  seperti rakan-rakan yang lain, saya juga berazam agar pada tahun ini hari-hari yang dilalaui dapat memberi ketenangan, kelancaran n kejayaan dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa di universiti. Semoga dengan azam baru ini dapat dijadikan sebagai arah tuju dan panduan dalam mengharungi hari mendatang.Insya-Allah..

Jadi hari yang dilaui terasa seperti begitu cepat berlalu. Saya berharap pada 9 dan 10 Muharram ini dapat 

memberi sedikit ruang utk beribadah dengan berpuasa sunat sempena Hari Asyura. 



Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).