Saturday 15 October 2011

KOMUNIKASI DAN PEMUJUKAN

Menurut Samsuddin A.Rahim (1997), fungsi pemujukan mula mendapat perhatian para pengkaji komunikasi selepas berlakunya Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Pengkaji komunikasi mula berminat untuk mengkaji dan mengetahui lebih mendalam mengenai cara menggunakan komunikasi bagi tujuan mengubah sikap dan tingkah laku seseorang. Keadaan ini berlaku setelah kejayaan dicapai daripada propaganda yang dilakukan oleh pihak tentera Jerman.
            Komunikasi juga berfungsi bagi memenangi hati dan fikiran seseorang khususnya keadaan sekarang yang berlaku menunjukkan kerajaan berusaha menarik perhatian rakyatnya. Antara contoh fungsi pemujukan dapat dilihat daripada iklan-iklan yang ditayangkan bagi mepengaruhi seseorang untuk membeli barang-barang yang diiklankan. Fungsi pemujukan ini lebih menjurus kepada perubahan sikap dan tingkah laku.
            Secara khususnya, penggunaan komunikasi dalam proses pemujukan ini tidak semata-mata terhad kepada penyebaran maklumat tetapi ia seharusnya dapat menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat tersebut. Walaupun begitu, sesekali fakta ataupun maklumat yang disampaikan kepada seseorang tidak tepat dan sengaja diputarbelitkan bagi mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang.

Cara memujuk teman....hihi ( sekadar gambar hiasan )

alang2 dah ckp sal pujuk2 nie, kite layan lagu relaku pujuk la pulak...ehe!


enjoy it!! daa....:)

No comments: